Firman Allah S.W.T yang bermaksud:
Ertinya: ‘ Yang menjadikan bagi kamu binatang untuk kamu tunggang
daripadanya dan darinya jugalah kamu memakan daging’.
Surah Gahfir: 79
Ertinya: ‘ Dan, binatang-binatang ternak itu Dia jadikan bagi kamu,
padanya ada kehangatan dan manfaat. Daripadanyalah kamu makan’.
Surah an-Nahl : 5
Ertinya: ‘ Dan sesungguhnya bagi kamu pada binatang-binatang ternak
itu ada pelajaran. Kami beri minum kamu dari apa yang ada di perut-perutnya
(yang terbit) dari antara kotoran dan darah, iaitu susu yang bersih yang mudah
bagi orang-orang yang mahu meminumnya’.
Surah an-Nahl:66
‘Dan tidaklah mereka fikirkan bahawa Kami telah adakan untuk mereka
sebahagian dari yang dibina oleh tangan-tangan Kami (iaitu) binatang-binatang
ternak, lalu mereka memilikinya. Dan Kami jinakkan untuk mereka. Mereka setengah
daripadanya (jadi) tunggangan mereka. Dan setengah daripadanya di makan oleh
mereka. Dan bagi mereka padanya beberapa manfaat dan jadi sumber-sumber
minuman. Maka tidakkah (mahu) mereka berterima kasih?
Surah Yaasin: 71-73
DAGING
-
Didalam ayat di atas, Allah S.W.T memperkatakan
binatang ternakan yang memberi manusia minuman dan daging dengan izin-Nya. Dan kita
pula tidak menafikan bahawa daging dan susu merupakan bahan makanan dan minuman
yang enak dan lazat.
KELEBIHAN DAGING
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:
Aisyah r.h telah dimuliakan di
kalangan wanita sebagaimana dimuliakan roti dan daging dari segala makanan yang
lain.
KANDUNGAN DAGING
Mengikut kajian penyelidik makanan, daging binatang merupakan
satu-satunya sumber protein yang mencukupi dan mempunyai kandungan yang tinggi.
Bahan ini mampu membantu di dalam pembentukan tubuh badan dan otot.
Bahan protein yang terdapat di dalam tumbuh-tumbuhan tidak mampu
menandinginya dan tiada dapat membekalkan sumber yang penting ini dengan
secukupnya.
Bahan zat protein di dalam tubuh haiwan merupakan satu-satunya bahan
yang dapat membina perisai bagi tubuh badan manusia.
Selain itu, ia mampu menentang penyakit dan kuman-kuman yang cuba
memudaratkan tubuh. Sekiranya bahan ini kurang dalam tubuh, maka segala penyakit
akan mudah menghinggapi tubuh tanpa sebarang halangan.
Daging terdiri dari berbagai jenis. Ia berbeza dari asal usul dan
tabiatnya. Bagi mencari daging yang terbaik, maka perlulah kita mencari daging
yang kurang kandungan bahan berminyak atau berlemak.
Bagi golongan kafir, mereka perlu mencari daging yang kurang
mengandungi lemak berpandukan kajian satu persatu. Bagi orang Islam pula,
mereka tidak perlu membuat kajian kerana Rasulullah S.A.W sendiri telah
memberitahunya. Inilah kelebihan orang Islam.
Para sahabat akan memerhatikan cara Rasulullah S..A.W makan bagi
mengetahui kelebihannya. Rasulullah S.A.W amat menyukai daging yang diambil
dari bahagian peha binatang.
Mengikut sebuah hadis, ada menyatakan akan kesukaan daging yang
disukai oleh Rasulullah S.A.W yang bermaksud,
Sesungguhnya Rasulllah S.A.W
amat menyukainya (daging bahagian peha).
Sebaik-baiknya daging ialah
daging yang di bahagian belakang badan. – diriwayatkan oleh Ibnu Majjah
Berpandukan dari kedua-dua hadis ini, maka jelaslah bagi kita bahawa
daging di bahagian peha dan punggung binatang lebih baik dan kuurangg kandungan
lemak.
Mengikut kajian para penyelidik makanan, daging di bahagian peha dan
punggung lebih lazat, lembut, terhindar dari penyakit dan mudah dihadamkan. Ini
kerana kandungan lemak di dalamnya terlalu kurang. Selain itu, ia juga kaya
dengan zat protein.
Agama Islam bukan sahaja memperkatakan sesuatu yang berkaitan dengan
amal ibadat semata-mata, malah ia merangkumi semua aspek. Di dalam perkara ini,
Islam telah mengajar umatnya bagaimana untuk memasak daging binatang dengan
sebaiknya. Cara tesebut telah diperakui oleh ahli sains perubatan sebagai cara
yang terbaik di dalam permasalahan daging binatang.
Mengikut sebuah hadis yang disandarkan kepada Bazzar dan lain-lainnya
ada menyatakan akan sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:
Sesungguhnya kamu melihat seekor
burung di dalam syurga maka kamu ingin memanggangnya. Maka ia akan gugur di
hadapanmu di dalam keadaan terpanggang.
Kajian sains juga mengakui bahawa daging yang dipanggang akan dapat
mengeluarkan bahan-bahan berminyak. Selain itu, ia mengotorkan daging dan dapat
menghilangkan atau membunuh binatang-binatang halus seperti hama.
SUSU
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:
sesiapa yang dikenyangkan oleh
Allah selepas makan, maka ucaplah: ‘Ya Allah, berkatilah bagi kami daripadanya
dan berikanlah kami rezeki yang baik darinya.’ Sesiapa yang dikenyangkan oleh
Allah selepas meminum susu, maka ucaplah: ‘Ya Allah, berkatilah kami padanya
dan tambahkanlah kami darinya.’ Rasulullah S.A.W berkata: sesungguhnya aku tidak mengetahui apa-apa balasan dari
makanan dan minuman melainkan susu.
Sabda Baginda lagi:
Ketika Rasulullah S.A.W
dibawakan segelas minuman dari arak dan segelas lagi dari susu di malam Isra’
Mi’raj, maka nabi S.A.W telah mengambil susu. Jibrail a.s pun berkata: ‘segala
puji-pujian bagi Allah yang telah menunjukkan kepadamu fitrah (bersih). Sekiranya
kamu mengambil arak, nescaya ramailah umatmu akan sesat.’
KELEBIHAN SUSU
Para penyelidik telah membuat kajian mengenai susu. Mereka dapati susu
adalah minuman yang lengkap. Ia mengandungi protein, lemak, garam, kanji dan
vitamin yang diperlukan oleh tubuhh manusia. Berdasarkan dari kesempurnaan
kandungannya, maka ia diberi nama ‘makanan seimbang’.
Dari pengakuan di atas, jelaslah bahawa Islam berada di atas landasan
yang betul. Islam telah memberi cahaya kepada para pengkaji khusunya ahli sains
untuk meneroka hikmah dan kurnian Allah S.W.T.