Saturday, September 3, 2016

Semut


Gambar rajah semut

Firman Allah SWT dalam Surah an-Naml:18-19

Image result for semut genus iridomyrmex
Gambar rajah semut genus Iridomyrmex









Semut merupakan jenis serangga yang keenam diungkap dalam al-Quran setelah nyamuk, belalang, kutu, lebah dan lalat. Pengungkapan semut berbeza daripada pengungkapan serangga lain kerana nyamuk dan lalat diungkap sebagai tanda kekuasaan Allah sebagai Maha Pencipta manakala belalang dan kutu diungkap sebagai tanda kekuasaan Allah untuk menurunkan bala.


Di dalam maksud ayat-ayat mengenai Semut kebesaran Allah dimanifestasikan dalam aspek Komunikasi iaitu komunikasi sesama makhluk (semut dengan semut dan di antara semut dengan Nabi Sulaiman a.s.)

Kisahnya.
Ketika rombongan Nabi Sulaiman a.s akan melintasi lembah yang ditempati sebagai sarang semut, dan Beliau menyeru kepada semut-semut itu agar berlindung.
Atas kebijakan Nabi SUlaiman inilah semut-semut itu memberikan pujian kepada Nabi Sulaiman.

Pada masa-kanak-kanak, Nabi Sulaiman sudah menampakkan tanda-tanda kecerdasan, ketajaman otak, kepandaian berfikir serta ketelitian dalam mempertimbangkan dan mengambil suatu keputusan. Sebuah peristiwa yang menunjukkan kecerdasan dan ketajaman otak Nabi Sulaiman dibuktikan dengan kecerdasannya dalam memecahkan beberapa masalah.

Salah satu mukjizat yang diberikan oleh Allah SWT kepada Nabi Sulaiman adalah mengerti bahasa binatang. Suatu hari rombongan besar Nabi Sulaiman hendak menuju lembah Asgalan, dan rombongan itu terdiri dari Nabi Sulaiman dan umatnya, malaikat, jin serta binatang-binatang.
Ditengah perjalanan, Beliau menyuruh rombongannya berhenti.

"Berhentilah sejenak, kita beri waktu kepada makhluk Allah untuk menyelamatkan diri," ucap Nabi Sulaiman.
"Wahai Nabiyullah, mengapa kita tiba-tiba berhenti di tengah jalan," tanya salah satu rombongan.
"Di depan ada lembah semut yang di dalamnya terdapat jutaan semut, mereka akan ku suruh untuk berlindung agar tidak terinjak oleh rombongan kita," jawab Nabi Sulaiman.

Dari jarak yang cukup jauh itu, Nabi Sulaiman nampaknya mendengar dialog Raja Semut yang menyuruh para semut untuk berlindung. Sungguh mukjizat yang sangat hebat, seseorang bisa mendengar pembicaraan haiwan dari jarak yang jauh lagi, dialah Nabiyullah Sulaiman, Raja segala raja yang pernah hidup di dunia ini, dan tak pernah ada seorang rajapun di dunia ini sehebat Beliau.

Pujian Semut.
"Hai semut-semut, masuklah kalian ke dalam sarang agar selamat dan tidak terinjak oleh rombongan Nabi Sulaiman," ucap Raja Semut.
Nabi Sulaiman tersenyum mendengar suara semut yang ketakutan itu.
Ketika kaum semut itu tengah sibuk menyelamatkan diri, Nabi Sulaiman menyuruh kepada rombongannya untuk terus bersyukur kepada Allah SWT. Sungguh Anugerah Allah, meskipun diberi kekuatan hebat pun Nabi Sulaiman ini tidak pernah sombong, rasa syukur yang selalu Beliau ucapkan.

Setelah beberapa saat berhenti, Nabi Sulaiman dan rombongannya kembali meneruskan perjalanan.
Ketika melintasi lembah semut itu, Nabi Sulaiman dan rombongannya mendapatkan pujian dari Raja Semut. Kaum semut bersyukur karena sarangnya tidak rosak oleh rombongan Nabi Sulaiman.

"Kami takjub kepada Nabi Sulaiman yang mengerti bahasa binatang, sehingga tidak ada satupun yang terbunuh diantara kami," kata Raja Semut.

Kisah ini merupakan cuplikan dari ayat Al Qur'an surat An-Naml ayat 18 yang artinya,
"Hingga apabila mereka sampai di lembah semut berkatalah seekor semut, masuklah ke dalam sarang-sarangmu agar kamu tidak diinjak oleh Sulaiman dan tentaranya, sedangkan mereka tidak menyedari."


Menurut Prof Dr. Haron Din
komunikasi di antara semut dengan semut disampaikan dalam bentuk pertuturan atau percakapan kerana maksud 'berkata' adalah terjemahan daripada bahasa Arab 'qola'.

Kepentingan Semut
  • Sebagai pembiak tanah - pembinaan sarang semut di dalam tanah (busut) mempengaruhi keadaan fizik dan kimia tanah di persekitaran sarang. Butir-butir halus daripada organik diangkut daripada aktiviti pencairan makanan dibawa masuk ke lapisan dalam tanah. Sarang dan sistem ruang meningkatkan keliangan tanah dan memudahkan pengudaraan dan kemasukan air. Perubahan kimia tanah adalah hasil daripada penimbunan bahan organik dan proses pereputan  bahan organik.
  • Sebagai pendebungaan - di kawasan padang pasir tropika (sahara), semut merupakan serangga pendebungaan yang penting bagi tumbuhan Euphorbiaceae.
    Gambar rajah tumbuhan Euphorbiaceae
  • Sebagai penyebar biji tumbuhan - berperanan sebagai penyebar biji tumbuhan di Australia. Hampir 1500 spesies tumbuhan di Australia mempunyai struktur khusus yang disebut Elaisom. Struktur tersebut sangat menarik kerana semut akan memakannya tetapi tidak akan merosakkan biji malah menggalakkan percambahan biji.
  • Sebagai Haiwan Pemangsa - beberapa spesies semut menjadi haiwan pemanga dan haiwan yang menjadi mangsanya terdiri daripada haiwan yang tidak bertulang belakang. Di Australia, jenis semut dari genus Iridimyrmex, Asphaenogaster dan Pheidole merupakan pemangsa utama kepada haiwan caplak.
    Image result for semut aphaenogaster
    Gambar rajah semut Asphaenogaster





















No comments:

Post a Comment