Definisi hujan
-hujan adalah endapan air di udara yang jatuh di permukaan bumi. Hujan
memiliki pelbagai jenis hujan berdasarkan dalam proses terjadinya hujan yang
telah dinyatakan dalam kitab kita iaitu al-Quran.
“Dialah Yang menjadikan bumi sebagai hamparan bagimu dan langit sebagai
atap, dan Dia menurunkan air (hujan) dari langit, lalu Dia menghasilkan dengan “hujan”
itu segala buah-buahan sebagai rezeki untukmu; kerana itu janganlah kamu
mengadakan sekutu-sekutu bagi Allah, padahal kamu mengetahui”.
Surah
Al-Baqarah :22
Proses sebelum berlakunya hujan
§ Awan di
bawa oleh angin : awan kumulonimbus mula terbentuk ketika angin membawa
awan kecil ke tempat di mana berkumpulnya awan-awan ini.
§ Penggabungan
: kemudian awan-awan kecil ini bergabung dan membentuk awan yang lebih
besar.
§ Penumpukan
: ketika awan-awan kecil ini bekerjasama ke atas, pada bahagian dalam awan
yang semakin besar ini meningkat. Dorongan ke atas bahagian tengah awan lebih
kuat di bandingkan dengan pada bahagian piggir. Hasil bentuk awan ini tumbuh
semakin besar secara melintang, sehingga seolah-olah awan ini bertompok-tompok.
Pertumbuhan ke atas ini menjadikan bentuk awan mencapai daerah yang lebih
dingin pada lapisan atmosfera atas. Di sanalah titisan-titisan air dan butiran
ais terbentuk dan mulai ttumbuh semakin besar. Ketika butiran air dan ais ini
telah lebih besar dan berat dibandingkan dengan dorongan ke atas yang menyokong
mereka jatuhlah air dan ais ini sebagai gerimis, hujan ataupun hujan ais.
Proses kejadian hujan dan awan
-menurut sains
- · Proses pelepasan air daripada awan
-
Kerpasan ialah proses pelepasan air daripada
awan dalam bentuk air hujan, salji atau hujan batu. Proses ini merupakan laluan
penting bagi air di atmosfera kembali semula ke bumi dan kebanyakkan proses
berlaku dalam bentuk air hujan.
- · Bagaimana titisan air hujan terbentuk
-
Awan yang terapung di atmosfera mengandungi wap
air dan titisan awan yang tidak dapat jatuh ke permukaan bumi sebagai hujan
kerana saiznya yang kecil, tetapi saiznya adalah cukup besar untuk membentuk
awan yang dapat dilihat oleh manusia. Air di langit akan mengalami proses
sejatan dan kondensasi secara berterusan. Kebanyakkan daripada air yang
terkondensasi di dalam awan tidak akan jatuh ke bumi sebagai titisan air hujan
kerana turbulen udara yang mengampaikan awan-awan di atmosfera. Proses hujan
hanya dapat berlaku jika titisan air mula mengalami proses kondensasi dan
bergabung untuk membentuk titisan-titisan air besar dan menjadi cukup berat
untuk membentuk hujan. Pembentukan satu titisan air hujan memerlukan gabungan
berjuta-juta titisan awan.
- · Pertukaran air daripada bentuk wap kepada cecair
-
Kondensasi ialah proses pertukaran air daripada
bentuk wap kepada cecair. Proses ini memainkan peranan penting kepada kitaran
air kerana kondensasi penting dalam proses pembentukan awan. Awan seterusnya
pula menghasilkan hujan dan inilah cara utama untuk air sejatan kembali semula
ke bumi.
- · Proses transpirasi
-
Proses transpirasi ialah proses pengangkutan
lembapan air melalui tumbuhan dari akarnya kepada liang-liang kecil pada
permukaan daun, dan di sinilah ia akan berubah bentuk menjadi wap air dan
dibebaskan ke atmosfera bumi. Transpirasi ialah proses sejatan air dari
permukaan daun. 10 % daripada kelembapan bumi dijangka disingkirkan oleh tumbuhan
melalui proses transpirasi.
-
Secara umumnya, proses transpirasi pada tumbuhan
tidak dapat dilihat oleh mata kasar sungguhpun air akan menyejat dari permukaan
daun.
-menurut al-Quran
Pembentukan hujan berlangsung dalam tiga tahap iaitu:
i. 1. “Bahan baku” hujan naik ke udara.
ii. 2. Awan terbentuk
iii. 3. Curahan hujan terlihat.
Tahap ini ditetapkan dengan jelas dalam al-Quran berabad-abad yang
lalu, yang memberikan informasi yang tepat mengenai pembentukan hujan.
“Dialah Allah Yang mengirimkan
angin, lalu angin itu menggerakkan awan dan Allah membentangkannya di langit
menurut yang dikehendakiNya, dan menjadikannya bergumpal-gumpal, lalu kamu
lihat air hujan keluar dari celah-celahnya; maka apabila hujan itu turun
mengenai hamba-hambaNya yang dikehendakiNya tiba-tiba mereka menjadi gembira”.
(al-Quran,
30:48)
Jom kita huraikan apakah tiga tahap yang disebutkan dalam ayat
tersebut.
Tahap ke-1: “Dialah Allah Yang
mengirimkan angin…….”
-
Gelembung-gelembung udara yang jumlahnya tak
terhitung yang dibentuk dengan pembuihan di lautan, pecah terus-menerus dan
menyebabkan partikel-partikel air tersembur menuju langit. Partikel-partikel
ini yang kaya akan garam, lalu diangkut oleh angin dan bergerak ke atas di
atmosfera. Partikel-partikel yang disebut aerosol, membentuk awan dengan
mengumpulkan wap air disekelilingnya yang naik lagi dari laut, sebagai
titik-titik kecil dengan mekanisme yang disebut “perangkap air”.
Tahap ke-2: “…… lalu angin itu
menggerakkan awan dan Allah membentangkannya di langit menurut yang
dikehendaki-Nya, dan menjadikannya bergumpal-gumpal……”
-
Awan-awan terbentuk dari wap air yang
mengembundi sekeliling butir-butir garam atau partikel-partikel debu di udara. Air
hujan sangat kecil dengan diameter antara 0.01 dan 0.02 mm, awan-awan
bergantungan di udara dan terbentang di langit. Jadi langit ditutupi dengan
awan-awan.
Tahap ke-3: “……lalu kamu lihat
air hujan keluar dari celah-celahnya…..”
-
Partikel air yang mengelilingi butir-butir garam
dan partikel debu itu mengental dan membentuk air hujan. Jadi, air hujan ini
yang menjadi berat daripada udara, bertolak dari awan dan mulai jatuh ke tanah
sebagai hujan.
GAMBAR: PENYEMAIAN HUJAN |
GAMBAR: PROSES KEJADIAN AWAN DAN HUJAN |
hi
ReplyDeleteTeori "penyejatan - pemeluwapan - hujan" adalah kebodohan manusia, dalam satu halaman, anda akan melihatnya dan menemui alternatif lain saintifik yang baru dan lebih meyakinkan.
https://pdf.lu/h6vq
Go fuck your mom gay bitch
ReplyDelete