Tuesday, September 20, 2016

Daging dan Susu

Firman Allah S.W.T yang bermaksud:
Ertinya: ‘ Yang menjadikan bagi kamu binatang untuk kamu tunggang daripadanya dan darinya jugalah kamu memakan daging’.
                                                                                                                                      Surah Gahfir: 79


Image result for SURAH AN-NAHL AYAT 5




Ertinya: ‘ Dan, binatang-binatang ternak itu Dia jadikan bagi kamu, padanya ada kehangatan dan manfaat. Daripadanyalah kamu makan’.
                                                                                                                                    Surah an-Nahl : 5


 Image result for SURAH AN-NAHL AYAT 66

Ertinya: ‘ Dan sesungguhnya bagi kamu pada binatang-binatang ternak itu ada pelajaran. Kami beri minum kamu dari apa yang ada di perut-perutnya (yang terbit) dari antara kotoran dan darah, iaitu susu yang bersih yang mudah bagi orang-orang yang mahu meminumnya’.
                                                                                                                                      Surah an-Nahl:66


‘Dan tidaklah mereka fikirkan bahawa Kami telah adakan untuk mereka sebahagian dari yang dibina oleh tangan-tangan Kami (iaitu) binatang-binatang ternak, lalu mereka memilikinya. Dan Kami jinakkan untuk mereka. Mereka setengah daripadanya (jadi) tunggangan mereka. Dan setengah daripadanya di makan oleh mereka. Dan bagi mereka padanya beberapa manfaat dan jadi sumber-sumber minuman. Maka tidakkah (mahu) mereka berterima kasih?
                                                                                                                                  Surah Yaasin: 71-73


DAGING
-          Didalam ayat di atas, Allah S.W.T memperkatakan binatang ternakan yang memberi manusia minuman dan daging dengan izin-Nya. Dan kita pula tidak menafikan bahawa daging dan susu merupakan bahan makanan dan minuman yang enak dan lazat.


KELEBIHAN DAGING

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:
Aisyah r.h telah dimuliakan di kalangan wanita sebagaimana dimuliakan roti dan daging dari segala makanan yang lain.


KANDUNGAN DAGING

Mengikut kajian penyelidik makanan, daging binatang merupakan satu-satunya sumber protein yang mencukupi dan mempunyai kandungan yang tinggi. Bahan ini mampu membantu di dalam pembentukan tubuh badan dan otot.

Bahan protein yang terdapat di dalam tumbuh-tumbuhan tidak mampu menandinginya dan tiada dapat membekalkan sumber yang penting ini dengan secukupnya.

Bahan zat protein di dalam tubuh haiwan merupakan satu-satunya bahan yang dapat membina perisai bagi tubuh badan manusia.

Selain itu, ia mampu menentang penyakit dan kuman-kuman yang cuba memudaratkan tubuh. Sekiranya bahan ini kurang dalam tubuh, maka segala penyakit akan mudah menghinggapi tubuh tanpa sebarang halangan.

Daging terdiri dari berbagai jenis. Ia berbeza dari asal usul dan tabiatnya. Bagi mencari daging yang terbaik, maka perlulah kita mencari daging yang kurang kandungan bahan berminyak atau berlemak.

Bagi golongan kafir, mereka perlu mencari daging yang kurang mengandungi lemak berpandukan kajian satu persatu. Bagi orang Islam pula, mereka tidak perlu membuat kajian kerana Rasulullah S.A.W sendiri telah memberitahunya. Inilah kelebihan orang Islam.

Para sahabat akan memerhatikan cara Rasulullah S..A.W makan bagi mengetahui kelebihannya. Rasulullah S.A.W amat menyukai daging yang diambil dari bahagian peha binatang.

Mengikut sebuah hadis, ada menyatakan akan kesukaan daging yang disukai oleh Rasulullah S.A.W yang bermaksud,
Sesungguhnya Rasulllah S.A.W amat menyukainya (daging bahagian peha).

Sebaik-baiknya daging ialah daging yang di bahagian belakang badan. – diriwayatkan oleh Ibnu Majjah

Berpandukan dari kedua-dua hadis ini, maka jelaslah bagi kita bahawa daging di bahagian peha dan punggung binatang lebih baik dan kuurangg kandungan lemak.

Mengikut kajian para penyelidik makanan, daging di bahagian peha dan punggung lebih lazat, lembut, terhindar dari penyakit dan mudah dihadamkan. Ini kerana kandungan lemak di dalamnya terlalu kurang. Selain itu, ia juga kaya dengan zat protein.

Agama Islam bukan sahaja memperkatakan sesuatu yang berkaitan dengan amal ibadat semata-mata, malah ia merangkumi semua aspek. Di dalam perkara ini, Islam telah mengajar umatnya bagaimana untuk memasak daging binatang dengan sebaiknya. Cara tesebut telah diperakui oleh ahli sains perubatan sebagai cara yang terbaik di dalam permasalahan daging binatang.

Mengikut sebuah hadis yang disandarkan kepada Bazzar dan lain-lainnya ada menyatakan akan sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:
Sesungguhnya kamu melihat seekor burung di dalam syurga maka kamu ingin memanggangnya. Maka ia akan gugur di hadapanmu di dalam keadaan terpanggang.

Kajian sains juga mengakui bahawa daging yang dipanggang akan dapat mengeluarkan bahan-bahan berminyak. Selain itu, ia mengotorkan daging dan dapat menghilangkan atau membunuh binatang-binatang halus seperti hama.

SUSU

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:
sesiapa yang dikenyangkan oleh Allah selepas makan, maka ucaplah: ‘Ya Allah, berkatilah bagi kami daripadanya dan berikanlah kami rezeki yang baik darinya.’ Sesiapa yang dikenyangkan oleh Allah selepas meminum susu, maka ucaplah: ‘Ya Allah, berkatilah kami padanya dan tambahkanlah kami darinya.’ Rasulullah S.A.W berkata: sesungguhnya  aku tidak mengetahui apa-apa balasan dari makanan dan minuman melainkan susu.

Sabda Baginda lagi:
Ketika Rasulullah S.A.W dibawakan segelas minuman dari arak dan segelas lagi dari susu di malam Isra’ Mi’raj, maka nabi S.A.W telah mengambil susu. Jibrail a.s pun berkata: ‘segala puji-pujian bagi Allah yang telah menunjukkan kepadamu fitrah (bersih). Sekiranya kamu mengambil arak, nescaya ramailah umatmu akan sesat.’

KELEBIHAN SUSU

Para penyelidik telah membuat kajian mengenai susu. Mereka dapati susu adalah minuman yang lengkap. Ia mengandungi protein, lemak, garam, kanji dan vitamin yang diperlukan oleh tubuhh manusia. Berdasarkan dari kesempurnaan kandungannya, maka ia diberi nama ‘makanan seimbang’.

Dari pengakuan di atas, jelaslah bahawa Islam berada di atas landasan yang betul. Islam telah memberi cahaya kepada para pengkaji khusunya ahli sains untuk meneroka hikmah dan kurnian Allah S.W.T.



No comments:

Post a Comment