Tuesday, September 20, 2016

Penemuan Dalam Bidang Astronomi

Ciptaan planet bumi dan langit
Berkenaan ciptaan bumi dan langit al-Quran menyentuh tiga perkara:
a       1.  Bagaimana alam semesta telah bermula?
           2.  Apakah yang sedang berlaku di alam semesta?
      3. Apakah yang akan berlaku pada akhir zaman

Bagi menjawab soalan pertama, Allah S.W.T telah berfirman yang bermaksud:
‘Dan apakah orang-orang yang tidak beriman tidak mengetahui bahawasanya langit dan bumi itu keduanya dahulu adalah suatu yang padu, kemudian Kami pisahkan antara keduanya. Dan daripada air Kami jadikan segala sesuatu yang hidup. Maka mengapakah mereka tidak juga beriman?’
                                                                                                                                                                                                                                                                                                 Surah Al-Anbiya’, :30

Menurut Ibnu Khatir, pada masa yang lampau langit dan bumi adalah satu, bergabung antara satu dengan yang lain seterusnya Allah S.W.T telah memisahkannya dan menjadikan bumi dan langit yang tujuh.

 Ayat ini memberi petunjuk kepada satu proses yang membelah bagi daripada satu unsure jirim yang satu iaitu pada awal penciptaan alam cakerawala, langit dan bumi adalah berpadu satu dan telah dipisahkan antara satu denan lain dengan kudrat Allah S.W.T melalui  proses yang menyerupai letupan. Dan daripada ‘air’ Allah telah menjadikan segala jenis hidup-hidupan di alam semesta ini.

Menurut Stephen W. Hawking dalam  bukunya ‘A Brief History Of Time; From The Big Bang To Black Holes (Suatu Ringkasan Sejarah Masa Dari Ledakan Besar Ke Lubang Hitam), ‘Teori relativiti am Einstein, dengan sendiri meramalkan bahawa masa ruang bermula daripada suatu ledakan dan akan berakhir sama ada dengan suatu kecutan yang besar (crunch) (jika seluruh alam semesta runtuh) atau dengan suatu kecutan di dalam satu lubangg hitam (jika di suatu daerah yang terhad, seperti jika sebiji bintang runtuh). Segala bahan yang jatuh ke dalam lubang itu akan termusnah dan hanya graviti jisimnya sahaja yang akan dirasai berterusan di luarnya’.

Teori Ledakan Besar model Einstein menyatakan bahawa alam cakerawala yang ada sekarang adalah hasil satu ledakan daripada satu pusat. Menurut teori ini juga pada akhir zaman semua jirim di dalam alam semesta akan bertemu balik di suatu pusat yang sama bernama lubang hitam melalui proses kecutan.

Tidak semua ahli astronomi percaya teori letupan besar itu. Ada yang percaya kepada teori keadaan yag tidak berubah iaitu dunia ini adalah seperti purbakala, tidak berubah, tiada permulaan dan tiada kesudahan seperti dipercayai oleh kaum Dahriah sebelum kedatangan Islam atau falsafah Yunani Aristotle.

Teori Ledakan Besar ini telah disarankan pada mulanya oleh Abee Lemaitre pada tahun 1920M, dan kini disokong oleh teori Einstein. Teori tersebut secara prinsipnya adalah selaras dengan kenyataan yang terdapat dalam surah al-Anbiya ayat 30. Secara terperinci dan tafsirannya terdapat perbezaan di kalangan ahli sains tetapi sebagai model utama mengenai kejadian langit dan bumi ia adalah serupa.


Alam semesta kini
Bagaimana menjawab soalan kedua iaitu apakah yang sedang berlaku di alam semesta?

Allah berfirman yang bermaksud:
Dan langit itu Kami bangunkan dengan kekuasaan (Kami) dan sesungguhnya Kami benar-benar berkuasa memperluaskan’.
                                                                                                                                     
                                                                                                                          Surah Az-Zaariyaat: 47

Menurut Ibnu Khatir:
‘Allah menjadikan langit yang tinggi dengan kuasa-Nya dan memperluaskan pinggir-pinggirnya. Allah S.W.T berkuasa memperkembangkan alam semesta dan kini kajian-kajian terbaru mendapati bahawa keseluruhan alam semesta masih berkembang’.

Konsep langit berkembang juga membawa kepada konsep jirim dan ruang mempunyai tempat yang sama iaitu di suatu pusat daripada mana perkembangan telah bermula. (Goldsmith 1981:122)

Menurut Goldsmith: ‘kadar pengembangan alam semesta sudah mula menjadi perlahan kerana kuasa tarikan graviti saling menarik  di semua tempat di alam semesta. Tetapi sama ada pengembangan itu akan menurun ke kosong dan berbalik menjadi kecutan masih menjadi suatu perkara yang belum dapat ditentukan lagi’. (Goldsmith 1981: 125)




Image result for gambar ciptaan planet
GAMBAR: PESONA PAGI PLANET


No comments:

Post a Comment